Assalamualaikum kepada semua pencari kerja. Hari ini, kita perlu mengakui bahawa Malaysia sedang mengalami beberapa masalah ekonomi yang memberi kesan terhadap kehidupan kita sebagai rakyat.
Salah satu cabaran yang dihadapi adalah ketidaktentuan dalam pertumbuhan ekonomi, yang turut menyebabkan nilai mata wang ringgit merosot dan harga barang melambung.
Ini mendorong ramai dari kita untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara, terutamanya di negara seperti New Zealand, Australia, Korea Selatan, dan Singapura.
Namun, seringkali kita dengar cerita tentang penipuan oleh agen kerja yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, artikel ini akan berkongsi pengalaman serta tips dalam mencari pekerjaan di Singapura.
Mengapa Singapura?
Mengapa pilih Singapura berbanding negara lain seperti New Zealand, Australia, atau Korea Selatan? Singapura terletak bersebelahan dengan Johor, membolehkan anda untuk tinggal di Johor dan bekerja di sana.
Kos sara hidup di Singapura memang tinggi, tetapi anda boleh menemui alternatif yang lebih berpatutan di Johor. Selain itu, permit kerja di Singapura boleh didapati sepanjang tahun, yang menjadikannya pilihan yang lebih mudah dan pantas berbanding dengan negara lain.
Tips Mencari Kerja Di Singapura
1. Melalui Facebook
- Sertai kumpulan seperti ‘Geng Kerja Kosong Singapore’ untuk mencari kerja kosong yang dikongsi oleh ahli lain.
- Kenal pasti ejen kerja Singapura yang boleh dipercayai melalui kumpulan tersebut, cuba elakkan ejen yang meminta wang pendahuluan sebelum berjumpa.
2. Aplikasi Laman Kerja
- Gunakan aplikasi seperti Fastjob, Jobscentral, Jobstreet, Gumtree, dan Indeed untuk mencari pelbagai kerja kosong di Singapura.
- Pastikan untuk menyaring iklan kerja yang hanya terbuka kepada warganegara Singapura.
3. Masuk Singapura
- Jika boleh, pergi ke Singapura pada hari bekerja dan gunakan perkhidmatan MRT untuk mencari kerja.
- Elakkan ejen yang mengeksploitasi dengan memegang pasport anda atau meminta wang pendahuluan tanpa sebab yang munasabah.
Tips Memilih Kerja
- Pilih kerja yang lokasinya tidak terlalu jauh dari sempadan Singapura.
- Bagi anda yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, cari kerja yang menyediakan pengangkutan bas dari Johor ke tempat kerja.
Penutup
Memohon kerja di luar negara bukanlah perkara mudah, tetapi dengan kesabaran dan tekad yang kuat, ia boleh menjadi kenyataan. Ingatlah untuk berhati-hati dengan ejen kerja yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa lakukan kaji selidik sebelum membuat keputusan.
Semoga pengalaman dan tips yang dikongsi dapat membantu anda dalam mencari kerja di Singapura.
Pss.. Jika anda mahukan maklumat tambahan tentang kerja di Singapura, boleh baca artikel khas dengan klik butang di bawah ini.